17 November 2010

Resipi Rendang Negeri Sembilan..

Selamat Hari Raya Aidiladha di ucapkan pada semua. Mesti semua tengah bergembira kan. Hati aku ni pulak masih sayu bila mengenangkan anakanda tercinta yang masih belum sihat lagi.

Jadi untuk menghilangkan rasa hiba, lebih baik aku postkan resipi rendang sempena aidiladha ni kan. Disebabkan aku anak jati neghori jadi rendang ni resipi neghori la ye. Jadi bolehlah dicuba..Tak kisah gunakan ayam atau daging. Resipinya tetap sama.


 Copyright mamashahmi.

Bahan-Bahannya:

  • Daging atau ayam
  • Santan pekat (dari 2 biji kelapa)
  • 3-4 batang serai (diketuk/ditumbuk)
  • Daun limau purut / daun kunyit (ikut suka)
  • 1 paket / 4 sudu besar kerisik
  • 3-4 keping asam keping 
  • Garam secukup rasa

Bahan untuk di blend:
  • 31 ulas cili api (terpulang ikut suka jika pedas lebihkan lagi)
  • 2 1/2 inci kunyit hidup
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci lengkuas

Cara-Cara Memasak:
  1. Satukan daging, serai, bahan-bahan yang diblend dan asam keping di dalam kuali.
  2. Kecutkan bahan-bahan tadi sehingga airnya kering.
  3. Bila kering, masukkan santan. Kacau-kacau perlahan sehingga mendidih. Masukkan garam & kerisik. 
  4. Kacau sehingga rata. 
  5. Akhirkan sekali, masukkan daun limau purut/daun kunyit yang telah dicarik-carik.
  6. Kacau sampai rata.
  7. Sedia dimakan.
 Selamat Mencuba ye...

3 ulasan:

Miss R said...

sronok tgok gmbr2 makanan ni.. hihihi.. :)

aku mama chami said...

hehehe..ramlah, jgn smpi terliur pulak..

Rini said...

klau nk masak tendang hati lembu n9 cane ek kk mamachami??

 
Photobucket