14 October 2010

Susu Untuk Ibu & Anak..

Oleh sebab dinasihatkan minum susu, abang telah membelikan aku susu  untuk ibu mengandung. Sebenarnya dari awal-awal lagi nak beli. Tapi aku tangguh-tangguhkan sebab tak suka minum susu kan. Tapi bila dah ada masalah macamni terpaksalah minum jugak. Susu yang dimaksudkan adalah susu anmum materna. Mula-mula tu was-was jugak sebab ada orang kata tak elok minum anmum. Nanti anak besar. Betulker. Abistu nak minum susu ape ye. Tapi disebabkan kat pasaraya darusalam tu cuma ada anmum beli jugak la. Agak-agak ada beza ke susu untuk ibu mengandung dengan susu lain cam nespray ke, anlene ke..Confius..


Yang ini pulak Dutchlady 456 untuk abang shahmie. Masa baby dulu dia minum susu Nan sampai umur dia dua tahun. Lepas tu dia asyik demam je, aku cuba pulak tukarkan Mamil Gold sampailah umur dia 2 tahun setengah. Demam dia pun tak ok-ok jugak. Disebabkan dia kurang makan, lepas tu aku dan abang decide tukarkan susu Dutchlady 123. Alhamdulillah beransur-ansur ok. Masa umur dia 3 tahun aritu abang tukarkan pulak Dutchlady 456. Nampaknya serasi dengan dia. Sebelum ni dah cuba macam-macam susu, Anmum (langsung dia tak nak minum), Dugro, Dumex etc..tapi semua tak sesuai.Kalau ok, maybe akan stay sampai umur dia 6 tahun sebab Dutchlady skang ni dah ada Dutchlady 6.


Cuma yang menjadi masalahnye sekarang, abang shahmie masih pakai pampers lagi. Kalau bukakkan pampers 1 hari la dia tak kencing tak berak. Masih belum pandai nak ke tandas. Risau jugak aku nih, kalau boleh bila dia dah dapat adik nanti dah tak payah pakai pampers. Macam mana ye.

2 ulasan:

Seri said...

owh, ok eh minum 123 tu.. marissa baru jo tukar susu ni.. harap2 ok..

aku mama chami said...

setakat ni shahmi ok. dah mula selera makan..tp x tau lahkan..harap2 ok je..tp dia x blh minum coklat tu, penah skali tu dia muntah2 teruk..so minum yg biasa tu je

 
Photobucket